Showing posts with label TSKA. Show all posts
Showing posts with label TSKA. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

Imbas Semula Jun 2008: Konspirasi TSKI jatuhkan Yahya Sahri



Mari Kita imbas semula waktu mula-mula TSKI jadi MB. Jahilnya beliau tentang sejarah parti sendiri hingga sanggup membuang pejuang lama. Sikap ini hingga ke hari ini telah sebati dalam jiwa TSKI. TSKI ; belajarlah sejarah Reformasi dan sejarah KEADILAN. Jiwa pejuang nyata tiada dalam diri TSKI. 



"Dalam keseronokan Menteri Besar Selangor berpesta dengan kenyataan akhbarnya terutama Malaysiakini, Khalid tidak sedar bahawa dia telah bertindak sebagai bukan anak jantan, tidak gentlemen dan terserlah kebaculan.
Tindakan Khalid Ibrahim menggantong pegawai khasnya melalui sistem pesanan ringkas adalah sangat tidak professional dan memalukan.
Khalid membuat lawak bodoh kononnya supaya Yahya tidak “terperanjat” sebaliknya Khalid sendiri yang terkejut beruk apabila dia terpaksa membatalkan mesyuarat perhubungan negeri bila mendapati 20 dari 22 ketua bahagian berdiri dibelakang Yahya Sahri.

PELANCARAN BLOG ANTI KHALID IBRAHIM AKA THE POLITICIAN

Salam Perjuangan


Setelah semua opsyen untuk menyalurkan aduan kami telah dilaksanakan dengan hasil yang sangat mendukacitakan, kami dengan rasa berat hati terpaksa menggunakan laman blog untuk meluahkan keluhan kami. Nampaknya pimpinan yang menaungi TSKI seolah-olah tidak ambil peduli apa sahaja komen, cadangan, bantahan malah apa sahaja mengenai beliau. Semua itu bukanlah untuk kepentingan peribadi semata-mata. Ia adalah satu hasrat untuk mendahulukan kepentingan rakyat.

Jelas, keputusan-keputusan TSKI  sebagai Menteri Besar, ADUN Ijok serta Pengerusi Menteri Besar Inc. langsung tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Menggagalkan usaha parti beliau sendiri serta mendukacitakan pendokong akar umbi KEADILAN dan PR. Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam polisi kerajaan negeri, perancangan exco dan keputusan politik. Analislah permasalahan agensi berkaitan Selangor seperti PKPS, KDEB, PKNS dll. Malah kemerosotan IPT-IPT milik Selangor terutama UNISEL begitu mengejutkan. 

Harus ditegaskan disini gerakan ini adalah satu manifestasi perjuangan bebas. Jauh sekali didokongi oleh mana-mana parti politik. Langsung tidak terdorong dengan wang ringgit. Lahir dek kerana sangat kecewa dengan khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menerajui Selangor. Kecewa kerana pimpinan parti beliau langsung tidak peduli dengan rintihan kami mengenai beliau selama 3 tahun ini. Benci dengan sikap beliau yang langsung tidak peduli tentang akar umbi dan lebih utamakan rakan-rakan korporat dan alumni beliau.

Inilah penyebabnya sekiranya PR tidak dapat mempertahankan Selangor dalam PRU akan datang. TSKI gagal jaga orang sendiri, menatang orang yang bukan pendokong PR, mendengar nasihat kroni dan meminggir mereka yang bersusah payah menaikkan beliau sebagai MB. Lebih malang, kepimpinan parti KEADILAN sendiri seakan merestui segala tindakan beliau. Politik jenis apakah ini? Usah beretorik tentang ke Putrajaya. Jangan hanya gah dengan Buku JINGGA jika sebuah negeri pun tidak tertadbir. Rakyat sudah memberi kepercayaan. Rakyat juga akan menghakimi.


Rakyat HAKIM Negara


Lawan Tetap Lawan !!!