Showing posts with label TSKI UNISEL. Show all posts
Showing posts with label TSKI UNISEL. Show all posts

Wednesday, 15 June 2011

Expose UNISEL Siri 1

UNISEL merupakan satu dari 3 IPT milik Selangor selain KUIS dan INPENS. Sejak kebelakangan ini kemelut dan kemerosotan UNISEL semakin menjadi bualan rakyat negeri Selangor. Bukan itu sahaja, ia turut menarik rakyat Malaysia. Mengapa ini terjadi? Jawapannya amat mudah. Tentunya kerana kebijaksanaan TSKI melantik CEO atau Presiden atau Naib Canselornya. Masalah UNISEL nyata lebih hebat dari PKNS dan Yayasan Selangor. Ironinya kesemua nakhoda ketiga-tiga organisasi berkaitan kerajaan negeri itu dipilih dari kalangan sahabat TSKI. Hebat MB Selangor ni. Tadbir estate atau state? Anwar Ibrahim takkan nak diam je?

Gerakan Anti TSKI akan memulakan satu siri pendedahan menarik tentang UNISEL. Expose akan bermula dari sejak TSKI memegang tampuk pentadbiran sebagai MB. Terbukti jangankan sebuah negeri, satu universiti pun terkial-kial untuk mentadbirnya. Jauh sekali kalau pemimpin sebegini nak ke Putrajaya.

Artikel berikut ini diambil dari sebuah laman blog yang aktif satu ketika dahulu dan bertarikh 28 Jun 2008. Ini satu bukti bahawa TSKI nyata tidak peduli nasib orang mereka sendiri. jangan disalahkan UMNO dalam perkara ini. UMNO sekurang-kurangnya peduli nasib ahli-ahlinya. PAS pun rasanya menganggap ahlinya satu aset yang amat bernilai. PKR dan TSKI? Fikirkanlah ....


Salam Tan Sri …
Izinkan kami merujuk kepada pemecatan NC Unisel seperti yang tersiar di media cetak dan eletronik. Dalam  membincangkan kemelut UNISEL terutama salah laku TNCnya, kami dikejutkan dengan pemecatan NCnya pula. Lantas, Tan Sri mengumumkan pemangku jawatan tersebut. Tahniah YAB Tan Sri Khalid. Keputusan yang cukup ‘bijaksana’.