Artikel ini dari http://www.selamatkanrakyatselangor.com/articles_1699_Isu-skandal-MBI--Ada-berani-kah-Faekah-Husin-menafikan-pendedahan-dokumen-ini.html & turut disertakan bukti invois. Memang ia ditulis oleh pendokong UMNO, namun bukti yang disertakan begitu kukuh. Ini berlaku sewaktu kongres KEADILAN di Petaling Jaya awal tahun ini. Persoalannya, siapa yang membocorkan meklumat ini? Tentunya orang kepercayaan TSKI juga di MBI. Tetapi, orang-orang seperti itulah yang TSKI tatang.
MBI sendiri dikuasai oleh orang-orang yang mampu mempengaruhi TSKI dalam setiap keputusannya. Ini jelas dilihat apabila keputusan-keputusan MB Selangor itu yang melibatkan MBI kerap tidak menguntungkan parti beliau sendiri. HEBAT. Nampaknya UMNO tidak perlu bersusah-payah menumbangkan TSKI. Cukup sekadar melihat kecerdikkan orang-orang kanan MBI menasihati boss mereka. Memang hebat politikus bernama TSKI. Hebat meranap dari dalam. PAS dan DAP Selangor takkan nak berdiam diri lagi ? Politik jenis apa TSKI ni guna? Khalid Ibrahim Terbaik Dari Ladang.
Disertakan:
Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Setpol MB Selangor, Faekah Husin kerana telah berjaya " membogelkan " bosnya iaitu MB Khalid!
Dengan pendedahan ini diharap rakyat negeri Selangor dapat menilai akan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran MB Khalid. Menderhaka kepada titah baginda Sultan Selangor, menghina pegawai tadbir awam, salahguna kuasa, wang rakyat dan sebagainya.
Dan yang terbaru selepas isu penyelewengan Yayasan Selangor, timbul pula isu skandal Perbadanan Menteri Besar (MBI)! Yang menariknya akan isu ini adalah apabila Setpol MB Khalid cuba menunjukkan akan " kebijaksanaannya " mencabar UMNO Selangor dan Dato' Noh Omar mengemukakan bukti penyelewengan MBI menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!.