Saturday 18 June 2011

Tan Sri Khalid Salahguna Wang MBI?

Artikel ini dari http://www.selamatkanrakyatselangor.com/articles_1699_Isu-skandal-MBI--Ada-berani-kah-Faekah-Husin-menafikan-pendedahan-dokumen-ini.html & turut disertakan bukti invois. Memang ia ditulis oleh pendokong UMNO, namun bukti yang disertakan begitu kukuh. Ini berlaku sewaktu kongres KEADILAN di Petaling Jaya awal tahun ini. Persoalannya, siapa yang membocorkan meklumat ini? Tentunya orang kepercayaan TSKI juga di MBI. Tetapi, orang-orang seperti itulah yang TSKI tatang. 

MBI sendiri dikuasai oleh orang-orang yang mampu mempengaruhi TSKI dalam setiap keputusannya. Ini jelas dilihat apabila keputusan-keputusan MB Selangor itu yang melibatkan MBI kerap tidak menguntungkan parti beliau sendiri. HEBAT. Nampaknya UMNO tidak perlu bersusah-payah menumbangkan TSKI. Cukup sekadar melihat kecerdikkan orang-orang kanan MBI menasihati boss mereka.  Memang hebat politikus bernama TSKI. Hebat meranap dari dalam. PAS dan DAP Selangor takkan nak berdiam diri lagi ? Politik jenis apa TSKI ni guna? Khalid Ibrahim Terbaik Dari Ladang.


Disertakan:

Terlebih dahulu tahniah diucapkan kepada Setpol MB Selangor, Faekah Husin kerana telah berjaya " membogelkan " bosnya iaitu MB Khalid!

Dengan pendedahan ini diharap rakyat negeri Selangor dapat menilai akan kepincangan yang berlaku di dalam pentadbiran MB Khalid. Menderhaka kepada titah baginda Sultan Selangor, menghina pegawai tadbir awam, salahguna kuasa, wang rakyat dan sebagainya.

Dan yang terbaru selepas isu penyelewengan Yayasan Selangor, timbul pula isu skandal Perbadanan Menteri Besar (MBI)! Yang menariknya akan isu ini adalah apabila Setpol MB Khalid cuba menunjukkan akan " kebijaksanaannya " mencabar UMNO Selangor dan Dato' Noh Omar mengemukakan bukti penyelewengan MBI menyalahgunakan wang rakyat sebanyak RM80,500!.

Wednesday 15 June 2011

Imbas Semula Jun 2008: Konspirasi TSKI jatuhkan Yahya Sahri



Mari Kita imbas semula waktu mula-mula TSKI jadi MB. Jahilnya beliau tentang sejarah parti sendiri hingga sanggup membuang pejuang lama. Sikap ini hingga ke hari ini telah sebati dalam jiwa TSKI. TSKI ; belajarlah sejarah Reformasi dan sejarah KEADILAN. Jiwa pejuang nyata tiada dalam diri TSKI. 



"Dalam keseronokan Menteri Besar Selangor berpesta dengan kenyataan akhbarnya terutama Malaysiakini, Khalid tidak sedar bahawa dia telah bertindak sebagai bukan anak jantan, tidak gentlemen dan terserlah kebaculan.
Tindakan Khalid Ibrahim menggantong pegawai khasnya melalui sistem pesanan ringkas adalah sangat tidak professional dan memalukan.
Khalid membuat lawak bodoh kononnya supaya Yahya tidak “terperanjat” sebaliknya Khalid sendiri yang terkejut beruk apabila dia terpaksa membatalkan mesyuarat perhubungan negeri bila mendapati 20 dari 22 ketua bahagian berdiri dibelakang Yahya Sahri.

Expose UNISEL Siri 1

UNISEL merupakan satu dari 3 IPT milik Selangor selain KUIS dan INPENS. Sejak kebelakangan ini kemelut dan kemerosotan UNISEL semakin menjadi bualan rakyat negeri Selangor. Bukan itu sahaja, ia turut menarik rakyat Malaysia. Mengapa ini terjadi? Jawapannya amat mudah. Tentunya kerana kebijaksanaan TSKI melantik CEO atau Presiden atau Naib Canselornya. Masalah UNISEL nyata lebih hebat dari PKNS dan Yayasan Selangor. Ironinya kesemua nakhoda ketiga-tiga organisasi berkaitan kerajaan negeri itu dipilih dari kalangan sahabat TSKI. Hebat MB Selangor ni. Tadbir estate atau state? Anwar Ibrahim takkan nak diam je?

Gerakan Anti TSKI akan memulakan satu siri pendedahan menarik tentang UNISEL. Expose akan bermula dari sejak TSKI memegang tampuk pentadbiran sebagai MB. Terbukti jangankan sebuah negeri, satu universiti pun terkial-kial untuk mentadbirnya. Jauh sekali kalau pemimpin sebegini nak ke Putrajaya.

Artikel berikut ini diambil dari sebuah laman blog yang aktif satu ketika dahulu dan bertarikh 28 Jun 2008. Ini satu bukti bahawa TSKI nyata tidak peduli nasib orang mereka sendiri. jangan disalahkan UMNO dalam perkara ini. UMNO sekurang-kurangnya peduli nasib ahli-ahlinya. PAS pun rasanya menganggap ahlinya satu aset yang amat bernilai. PKR dan TSKI? Fikirkanlah ....


Salam Tan Sri …
Izinkan kami merujuk kepada pemecatan NC Unisel seperti yang tersiar di media cetak dan eletronik. Dalam  membincangkan kemelut UNISEL terutama salah laku TNCnya, kami dikejutkan dengan pemecatan NCnya pula. Lantas, Tan Sri mengumumkan pemangku jawatan tersebut. Tahniah YAB Tan Sri Khalid. Keputusan yang cukup ‘bijaksana’. 

Peringatan Kpd MB Selangor TSKI : Ingat Lagi Surat Ini? 1 Mei 2008


Surat ini ditulis pada 1 Mei 2008 iaitu beberapa bulan selepas TSKI dilantik sebagai MB Selangor. Kerasnya hati TSKI ni ...langsung tak endah peringatan walaupun telah 3 tahun berlalu. 


Surat Terbuka Kepada Tan Sri Khalid
1 Mei 2008
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam Reformasi.
YAB Tan Sri,
Tahniah diatas perlantikan Tan Sri Sebagai Menteri Besar Selangor . Sesungguhnya pemilihan Tan Sri adalah langkah yang amat dinanti-nantikan oleh kami semua.
Kini telah hampir dua bulan Tan Sri duduk dipersada kepimpinan negeri, memimpin sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Negari yang tersohor kemakmurannya. Jantung hati bagi seluruh negara. Negeri yang menjadi benteng terakhir Barisan Nasional untuk tewas.
Bagaimanapun, sudah disuratkan dalam azali dan ketentuan Allah SWT bahawa keajaiban ini sudah berlaku. Ia nya adalah realiti yang tidak dapat diterima oleh pihak lawan, Barisan Nasional. Ini jelas sekali terbukti melalui rengekan dan tengkaran mantan-mantan pemimpin Barisan Nasional.
Ibarat harimau luka yang tersedar dari lamunan, mereka tidak rela akan hakikat ini. Lantas dan tuntas segala gerakan diatur untuk merampas kembali permata yang hilang, bermula sekarang.
Itulah gambaran ringkas akan segala tindak-tanduk mereka.

Penyelewengan di PKNS

Ini satu lagi lantikan hebat TSKI. FRST CLASS dari TSKI !!!

Selepas Yayasan Selangor, PKNS pula menjadi tempat penyelewengan besar yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim di Selangor. Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau difahamkan bahawa PKNS melantik pegawai kontrak, perunding dan syarikat pengurusan dengan bayaran yang tinggi sehingga memberikan kesan kepada kedudukan kewangan PKNS.

“Berdasarkan kiraan, PKNS telah membelanjakan RM93,000 sebulan hanya untuk membayar lapan pegawai kontrak setiap bulan sedangkan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh kakitangan PKNS sendiri. 

“Bayangkan, pengurusan PKNS telah melantik seorang akauntan secara kontrak dengan bayaran RM20,000 sebulan. Ia tidak lagi termasuk pelantikan seorang individu hanya untuk menulis ucapan Pengurus Besar PKNS dengan bayaran RM7,500 sebulan. 

“Selain itu, pengurusan PKNS antaranya turut melantik secara kontrak seorang akauntan pemasaran, seorang perunding dan seorang pegawai dalam latihan sebanyak RM10,000 sebulan selain membayar RM18,500 sebulan untuk dua pegawai khas kepada Pengurus Besar,”
 
Seorang perunding pembangunan hartanah yang dikenali sebagai Dr. Armen yang dilantik selama enam bulan , dibayar sejumlah RM935,000 untuk projek Science Park 2 dan Bernam Jaya. Hampir sejuta untuk enam bulan sahaja. Amat tidak munasabah. Khalid Ibrahim gagal mentadbir Selangor dengan baik. Inilah virus kepada PR sebenarnya. Tahniah.

Penyelewengan Dalam Yayasan Selangor

Ini satu lagi hasil lantikkan TSKI ... kawan punya pasal, nasihat orang lain langusng tidak peduli. Laporan ini dari blog Selangor Daily  yang mendedahkan secara bersiri penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh Ilham Bin Marzuki di dalam Yayasan Selangor.


Respon TSKI? Pengurus Besar Selangor akan diberi peluang kedua !!!  Satu lagi tindakan bijak dari TSKI.



Ilham Bin Marzuki adalah kroni MB Selangor yang dibawa masuk ke dalam Yayasan Selangor dan diberi jawatan sebagai Pengurus Besar (gaji Jusa A).

Khalid Ibrahim is PKR’s chief sitting duck

Artikel berikut adalah satu lagi peringatan yang tidak pernah diteladani oleh TSKI. Tidak pernah melihat iklim politik. Hanya peduli rangkaian sahabat rapat semata-mata. Politik Kelas SATU dari TSKI.
by Aidila Razak (www.malaysiakini.com)

PKR Selangor chief and Menteri Besar Khalid Ibrahim may need to reconsider running for a top post at the November party polls, as the party continues to put his administration under scrutiny.

Naib Canselor Lantikkan TSKI Berjaya Hancurkan UNISEL


Ke mana halatuju UNISEL selepas ini... bila bilangan kemasukan pelajar merudum 6,758 (2007), 4,085 (2008), 3,353 (2009),  4, 222dan hanya 600 (Mei 2011). Lebih malang hanya 160 pelajar mendaftar untuk Semester Mei di Kampus Bestari Jaya yang bleh memuatkan 10,000 pelajar. Hebat sungguh lantikan Tan Sri. Tahniah. 


Sejak dibawah Naib Canselor lantikkan MB TSKI, UNISEL bertukar menjadi  IPT yang paling banyak menanggung kerugian



Fikirkanlah ... Hebat Lantikkan TSKI ni. Mereka berdua alumni di sebuah universiti di Australia katanya ... Betul ke? patut le sayang sangat.

Khalid Ibrahim’s Failure to Take Care of Business in Selangor


It is said that one of the most difficult thing about running a state or country is the need to plan far into the future and the necessity of bridging the very wide chasm between that and the demands of the people. It seems like what Khalid Ibrahim is facing is that he is on a journey where he has no plan to stop as he doesn't nowhere to go and he is being steered by other parties or DAP.
by Haider Yutim, Malaysian Digest 

PELANCARAN BLOG ANTI KHALID IBRAHIM AKA THE POLITICIAN

Salam Perjuangan


Setelah semua opsyen untuk menyalurkan aduan kami telah dilaksanakan dengan hasil yang sangat mendukacitakan, kami dengan rasa berat hati terpaksa menggunakan laman blog untuk meluahkan keluhan kami. Nampaknya pimpinan yang menaungi TSKI seolah-olah tidak ambil peduli apa sahaja komen, cadangan, bantahan malah apa sahaja mengenai beliau. Semua itu bukanlah untuk kepentingan peribadi semata-mata. Ia adalah satu hasrat untuk mendahulukan kepentingan rakyat.

Jelas, keputusan-keputusan TSKI  sebagai Menteri Besar, ADUN Ijok serta Pengerusi Menteri Besar Inc. langsung tidak menguntungkan Pakatan Rakyat. Menggagalkan usaha parti beliau sendiri serta mendukacitakan pendokong akar umbi KEADILAN dan PR. Lihat sahaja kemelut yang berlaku dalam polisi kerajaan negeri, perancangan exco dan keputusan politik. Analislah permasalahan agensi berkaitan Selangor seperti PKPS, KDEB, PKNS dll. Malah kemerosotan IPT-IPT milik Selangor terutama UNISEL begitu mengejutkan. 

Harus ditegaskan disini gerakan ini adalah satu manifestasi perjuangan bebas. Jauh sekali didokongi oleh mana-mana parti politik. Langsung tidak terdorong dengan wang ringgit. Lahir dek kerana sangat kecewa dengan khidmat Tan Sri Khalid Ibrahim dalam menerajui Selangor. Kecewa kerana pimpinan parti beliau langsung tidak peduli dengan rintihan kami mengenai beliau selama 3 tahun ini. Benci dengan sikap beliau yang langsung tidak peduli tentang akar umbi dan lebih utamakan rakan-rakan korporat dan alumni beliau.

Inilah penyebabnya sekiranya PR tidak dapat mempertahankan Selangor dalam PRU akan datang. TSKI gagal jaga orang sendiri, menatang orang yang bukan pendokong PR, mendengar nasihat kroni dan meminggir mereka yang bersusah payah menaikkan beliau sebagai MB. Lebih malang, kepimpinan parti KEADILAN sendiri seakan merestui segala tindakan beliau. Politik jenis apakah ini? Usah beretorik tentang ke Putrajaya. Jangan hanya gah dengan Buku JINGGA jika sebuah negeri pun tidak tertadbir. Rakyat sudah memberi kepercayaan. Rakyat juga akan menghakimi.


Rakyat HAKIM Negara


Lawan Tetap Lawan !!!