Wednesday 15 June 2011

Expose UNISEL Siri 1

UNISEL merupakan satu dari 3 IPT milik Selangor selain KUIS dan INPENS. Sejak kebelakangan ini kemelut dan kemerosotan UNISEL semakin menjadi bualan rakyat negeri Selangor. Bukan itu sahaja, ia turut menarik rakyat Malaysia. Mengapa ini terjadi? Jawapannya amat mudah. Tentunya kerana kebijaksanaan TSKI melantik CEO atau Presiden atau Naib Canselornya. Masalah UNISEL nyata lebih hebat dari PKNS dan Yayasan Selangor. Ironinya kesemua nakhoda ketiga-tiga organisasi berkaitan kerajaan negeri itu dipilih dari kalangan sahabat TSKI. Hebat MB Selangor ni. Tadbir estate atau state? Anwar Ibrahim takkan nak diam je?

Gerakan Anti TSKI akan memulakan satu siri pendedahan menarik tentang UNISEL. Expose akan bermula dari sejak TSKI memegang tampuk pentadbiran sebagai MB. Terbukti jangankan sebuah negeri, satu universiti pun terkial-kial untuk mentadbirnya. Jauh sekali kalau pemimpin sebegini nak ke Putrajaya.

Artikel berikut ini diambil dari sebuah laman blog yang aktif satu ketika dahulu dan bertarikh 28 Jun 2008. Ini satu bukti bahawa TSKI nyata tidak peduli nasib orang mereka sendiri. jangan disalahkan UMNO dalam perkara ini. UMNO sekurang-kurangnya peduli nasib ahli-ahlinya. PAS pun rasanya menganggap ahlinya satu aset yang amat bernilai. PKR dan TSKI? Fikirkanlah ....


Salam Tan Sri …
Izinkan kami merujuk kepada pemecatan NC Unisel seperti yang tersiar di media cetak dan eletronik. Dalam  membincangkan kemelut UNISEL terutama salah laku TNCnya, kami dikejutkan dengan pemecatan NCnya pula. Lantas, Tan Sri mengumumkan pemangku jawatan tersebut. Tahniah YAB Tan Sri Khalid. Keputusan yang cukup ‘bijaksana’. 


Pemenangnya ? Suku-sakat UMNO Selangor terutama penyokong mantan MB KT. Tahniah kerana bejaya mengecewakan para penyokong PR yang bermati-matian menyokong Tan Sri selama ini. Kami turut sama-sama kecewa ketika pilihanraya kecil Ijok … turut bergembira ketika kemenangan PR di Selangor. Secara ikhlas, kami amat mengharapkan kerajaan PR yang amat-amat hebat. Namun …. setelah lebih 100 hari … muncul pelbagai masalah … pelbagai desas-desus kedengaran tentang Tan Sri … kini timbul pula masalah UNISEL.
Tan Sri … bukanlah niat untuk menyokong Dato’ Razali … kami tau sejarahnya di UM … segala masalahnya selama ini … apa yang dibuatnya di Ijok … tetapi berbaloikah memecat beliau ? mahupun menamatkan kontrak beliau … lupakah pemecatan artifak muzium tempoh hari ? PR terdedah lagi dengan serangan BN … lupakah dengan kes Pak Ya? Kes Wang Derma Sambutan 100 Hari? Perlantikkan Ahli2 Majlis? Khir Toyo tersenyum sinis lagi … Malah semakin hari semakin lebar senyum beliau … Tan Sri Mike Tyson pun menunggu masa.
Mengapa tidak siasat secara mendalam apa yang berlaku di UNISEL. Telitilah apa yang sebenarnya berlaku … lihatlah dari akar umbi. Janganlah hanya percaya kepada orang-orang sekeliling Tan Sri yang selama ini turut membantu Khir Toyo. Cukuplah Tan Sri. TNC dan orang-orangnya yang bermasalah dan dalam diam-diam menentang Tan Sri ditatang, dibiarkan bergembira. Malah orang yang pernah mempersendakan PR dilantik memangku jawatan NC. Lupakan Tan Sri kepada pendokong reformasi 10 tahun lalu yang ramai dalam UNISEL? bagaimana dengan mereka yang baru berjinak-jinak dengan PR? Mungkinkah mereka beralih sokongan semula? Bagaimana dengan para pelajarnya ? Ramai pelajar merupakan pendokong PR. Tidak kurang juga yang berjuang semasa PRU12 untuk PKR. Mungkin Tan Sri tidak peduli . Ye lah … Tan Sri bergelar jutawan. Orang senang. Andai kerajaan PR tumbang selepas inipun , Tan Sri tetap senang. Tapi, bagaimana orang2 marhain macam kami?
Masalah UNISEL tidak selesai dengan pemecatan Dato’ Razali. Malah bertambah masalah dengan tindakan terbaru Tan Sri. Maka kecewalah kami sekali lagi. Terima Kasihlah YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim. Dato’ Menteri Besar Selangor.

No comments:

Post a Comment