Wednesday 15 June 2011

Imbas Semula Jun 2008: Konspirasi TSKI jatuhkan Yahya Sahri



Mari Kita imbas semula waktu mula-mula TSKI jadi MB. Jahilnya beliau tentang sejarah parti sendiri hingga sanggup membuang pejuang lama. Sikap ini hingga ke hari ini telah sebati dalam jiwa TSKI. TSKI ; belajarlah sejarah Reformasi dan sejarah KEADILAN. Jiwa pejuang nyata tiada dalam diri TSKI. 



"Dalam keseronokan Menteri Besar Selangor berpesta dengan kenyataan akhbarnya terutama Malaysiakini, Khalid tidak sedar bahawa dia telah bertindak sebagai bukan anak jantan, tidak gentlemen dan terserlah kebaculan.
Tindakan Khalid Ibrahim menggantong pegawai khasnya melalui sistem pesanan ringkas adalah sangat tidak professional dan memalukan.
Khalid membuat lawak bodoh kononnya supaya Yahya tidak “terperanjat” sebaliknya Khalid sendiri yang terkejut beruk apabila dia terpaksa membatalkan mesyuarat perhubungan negeri bila mendapati 20 dari 22 ketua bahagian berdiri dibelakang Yahya Sahri.

Sifat pengecut Tan Sri Khalid terserlah apabila dia tidak mampu berdepan atau memanggil Yahya untuk berbincang atau memberi penjelasan ketika diminta dalam dialog bersama reformis lewat malam Isnin 23 Jun baru semalam.
Begitu juga dengan ahli biro politik kecuali Yaakob Sapari, lari bertempiaran apabila para reformis muncul. Kemanakah menghilangnya YB Zuraidah, YB Xavier, YB Sivarasa? Mereka lari bila berdepan dengan reformis!.
Adalah dilaporkan bahawa di dalam mesyuarat, jika masa enam jam, 5 jam diambil masa oleh Khalid untuk bercakap, sau jam untuk yang lain, menjadikan mereka hanya ada lima atau enam minit untuk bercakap. Begitu juga dalam mesyuarat EXCO, Khalid sahaja yang bercakap tetapi orang lain tidak.
Beberapa persoalan perlu dijawab oleh Tan Sri Khalid Ibrahim mengapa dia sendiri tergopoh gapah mengambil tindakan kepada Yahya Sahri?
Ini bermakna tidak ujud langsung collective concencus dalam membuat keputusan. Khalid sendiri sering berkata, dia membuat keputusan. Biasanya keputusan Khalid tidak boleh diubah. Dari dulu hingga sekarang.
Jelas, dan nyata, cara pengurusan CEO Negeri Selangor ini adalah “Self Centered”, autokratik dan memaksa. Dalam jangkamasa yang panjang, kaedah pengurusan Khalid dalam menguruskan negeri ini akan makan dirinya sendiri. Ini sudah terbukti dalam beberapa keputusan yang dibuatnya sebelum ini.
Mengapakah tidak didedahkan siapa sebenarnya disebalik laporan yang berjaya memangsakan Yahya Sahri?
Pelapor Utama : Remy Iskandar – Pekerjaan : Tarik kereta Rosak/kemalangan – Kadar literasi : Tidak tahu menulis dan membaca. Hubungan dengan TSKI : Anak saudara (mengikut pengakuan Remy Iskandar dan disahkan oleh Hajiman Ibrahim, adik Tan Sri Khalid.
Tok Dalang : Haji Hajiman Ibrahim – Pekerjaan : Akauntan. Ahli PAS yang kini melompat masuk PKR. Tersenarai sebagai calon Ahli Majlis Daerah Kuala Selangor dan Ketua Kampong.
Hajiman telah memanggil Remy dan mengarahkannya membuat laporan BPR apabila mendapat salinan kepala surat dari pejabat Menteri Besar. Siapa yang berikan surat kepada Hajiman?
Sebelum peristiwa ini berlaku Remy beberapa kali memberitahu bahawa Hajiman ada dokumen termasuk dokumen penyelewengan kawasan pasir di Daerah Hulu Langat yang melibatkan seorang lagi Pegawai Khas MB, Haji Mustafa.
Baru-baru ini dilaporkan seorang lagi pegawai Menteri Besar di Ijok terlibat dengan pengeluaran pasir di kawasan Kuala Selangor.
Mengapa Hajiman tidak tampil kehadapan membuat laporan akan perkara ini.
Apakah pemberatan yang diambil oleh Khalid, berapa kali kah Biro Politik PKR bersidang untuk membuat keputusan menggantong Yahya dari tugas. Apakah keputusan ini keputusan perkhidmatan, keputusan politik, atau keputusan peribadi atau satu konspirasi?
Jika ini keputusan perkhidmatan, nyatakan dalam seksyen mana, perkara mana Yahya di gantong selama dua bulan. Tindakan menggantong ini tidak lebih hanya sebagai menguji kekuatan Yahya dan cuba memalukan pejuang ini.
Bagaimana pula dengan ADUN Ampang yang diberitakan bergelut dengan berbagai salahlaku dan salahguna kuasa, tidak menghormati bahagian dan mula mengamalkan kronisma.
Jika ini keputusan politik sudah dikajikah implikasi dan kesannya terhadap masa depan parti? Kenalkah Tan Sri Khalid siapa Yahya? Apa jasa Yahya kepada parti? Menganiaya Yahya ibarat mencubit peha kanan, terasa peha kiri.
Tindakan Yahya meletak jawatan bukan tindakan tergopoh gapah tetapi tindakan yang sudah dipersetujui melalui pandangan dan musyawarah rakan-rakan reformis dan 80 peratus Ketua-ketua Bahagian dan Jawatankuasa.
Pastinya Khalid tidak mampu menjawab kerana dia hanya menjadi ahli PKR baru tidak lebih 3 tahun. Sedangkan Yahya dan rakan reformis sudah menggungguli perjuangan ini sejak ia bermula hingga hari ini. Keadilan Kuala Selangor diasaskan oleh Yahya Sahri, Allahyarham Muhayat, Arshad Abu Bakar, Zainal Samad, Pak Kudus dan ramai lagi.
Datanglah bertandang ke bahagian ini. Pejabatnya hanya lebih baik sedikit dari reban ayam. Sedangkan Ketuanya adalah Berjawatan Menteri Besar, bergaji besar dan menerima elaun sebagai pengerusi semua GLC – di bawah MBI Incorporated sebanyak RM100 ribu sebulan.
Sebagai satu catatan rekod, Khalid mendapat jawatan sebagai Ketua Bahagian Kuala Selangor “on a silver platter” apabila Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor Saudara Arshad Abu Bakar memberikannya jawatan itu kepadanya.
Hairan bin ajaib, Khalid Ibrahim bertindak tidak lebih semacam ejen Barisan Nasional dan ejen UMNO. Ini kerana perbuatan Khalid akan menjejaskan pergerakan Pakatan Rakyat untuk menguasai Putrajaya. Tindakan Khalid merosakkan parti.
Khalid diingatkan, jangan jadi ayam jantan yang “kokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi, paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih”.
Para Reformis mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada YB Abdullah Sani yang berjaya meredakan suasana dengan bijaksana pada masa yang sama meletakkan ADUN lain pada kelas yang rendah.

No comments:

Post a Comment