Wednesday 15 June 2011

Penyelewengan Dalam Yayasan Selangor

Ini satu lagi hasil lantikkan TSKI ... kawan punya pasal, nasihat orang lain langusng tidak peduli. Laporan ini dari blog Selangor Daily  yang mendedahkan secara bersiri penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh Ilham Bin Marzuki di dalam Yayasan Selangor.


Respon TSKI? Pengurus Besar Selangor akan diberi peluang kedua !!!  Satu lagi tindakan bijak dari TSKI.



Ilham Bin Marzuki adalah kroni MB Selangor yang dibawa masuk ke dalam Yayasan Selangor dan diberi jawatan sebagai Pengurus Besar (gaji Jusa A).

Yayasan Selangor telah ditubuhkan pada 5 November 1970. Tujuan utama ditubuhkan adalah untuk memberi peluang-peluang dan kemudahan- kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor.
Pada Julai 2010, Yayasan Selangor telah menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor di Sabak Bernam atas alasan tidak menguntungkan. Surat penutupan IKYS ditandatangan oleh Ilham Bin Marzuki. Seramai 280 orang pelajar yang sedang mendapat kemahiran di sana terkontang-kanting.
Ini bermakna Yayasan Selangor telah lari dari matlamat asal penubuhan mereka iaitu memberi peluang-peluang dan kemudahan- kemudahan pelajaran, biasiswa dan latihan untuk warganegara Malaysia dan rakyat Selangor . Sebaliknya mereka memikirkan untung pula.
Kos pengurusan IKYS yang ditutup tersebut adalah sebanyak RM 60,000 sebulan atau RM 720,00 setahun.
Secara puratanya Yayasan Selangor mengeluarkan perlu mengeluarkan belanja sebanyak  RM 2571 (RM 720,000 / 280 pelajar)  untuk memberi pendidikan dan kemahiran kepada setiap orang pelajar.
Angka ini sangat rendah dalam usaha hendak memberi pendidikan dan kemahiran kepada rakyat, kerana rakyat yang ada kemahiran adalah salah satu aset negara atau negeri yang berharga.
Maka tamatlah riwayat IKYS kerana Yayasan Selangor ingin menjimatkan kos dan ianya tidak mendatangkan untung.
Rupa-rupanya itu semua pembohongan belaka. Mereka menutup IKYS dan bajet untuk IKYS ingin disalurkan kepada kroni-kroni mereka sementara mereka masih berkuasa di Selangor. Itulah sebenarnya yang terjadi.
Pada tahun ini Yayasan Selangor menyambut ulangtahun penubuhannya yang ke 40 dan peluang ini digunakan oleh Ilham Marzuki untuk mengenyangkan kroni-kroni PKR.

Syarikat ini ditubuhkan selepas PKR memerintah Selangor
Yayasan Selangor membelanjakan sebanyak RM 300,000 untuk ulang tahun ke 40. Sebuah syarikat enterprise bernama Drift Z Enterprise yang baru ditubuhkan belum sampai setahun dan pemiliknya yang baru berusia 26 tahun diberi kontrak untuk menguruskan majlis ulangtahun tersebut.
Tarikh yang dirancang untuk majlis tersebut ialah pada 5 November 2010 tetapi bayaran telah dibuat terlebih dahulu sebanyak dua kali kepada syarikat  tersebut. Kali pertama sebanyak RM 142,500 dan kali kedua sebanyak RM 128,250. Ini bermakna 90 % bayaran telah dibuat sebelum majlis bermula.
Dengan jelas kita boleh melihat yang syarikat tersebut tiada kemampuan modal untuk menjalankan perniagaan kerana 90 % bayaran pendahuluan terpaksa diberikan untuk mereka menguruskan majlis tersebut.
Kenapa syarikat itu begitu istimewa sekali dimata Pengurus Besar Yayasan Selangor sehingga memaksa bayaran pendahuluan sebanyak 90 % diberikan kepada mereka ? Siapa pemilik syarikat tersebut ? Apa kaitan syarikat itu dengan Ilham Bin Marzuki ? Perkara inilah yang perlu disiasat oleh SPRM.
Pusat kemahiran untuk rakyat di tutup kerana tidak menguntungkan tetapi RM 300,000 boleh dibelanjakan untuk majlis ulang tahun. Adakah majlis ulang tahun boleh mendatangkan untung ? Ya benar, boleh untung. Siapa yang untung ? Ilham Marzuki !



No comments:

Post a Comment